Tuesday, 25 May 2010

Aziz Satar - Langkah Seribu

Aziz Satar - Langkah Seribu









aku tidak takut dengan hantu dengan jembalang
aku tidak kecut walau apa pun yang datang
jin atau mambang
baik-baik, jaga-jaga
aku tidak bimbang walau matanya besar roda

setan dan puaka taring bercabang-cabang
janganlah menyangka hati aku boleh goyang
aku ada bekal kemenyan satu guni
aku buat tangkal serapah dengan jampi

fuh.. kanan
fuh..kiri
berkat doa baginda Ali
fuh..depan..fuh belakang
aku mesti
tetapkan iman

datanglah satu ataupun seribu
barulah tahu aku tindas macam kutu
tak menang dengan jampi aku lawan dengan silat
aku memang ahli belajar sudah banyak tempat
aku boleh mengelak
aku boleh menumbuk
kalau dapatku cekak matanya ku buat jeruk
kalau datang di depan buka langkah satu
kalau datang di belakang buka langkah seribu


fuh.. kanan
fuh..kiri
berkat doa baginda Ali
fuh..depan..fuh belakang
aku mesti
tetapkan iman

No comments:

Post a Comment

Post a Comment